Saya telah membeli tiket bas ekspres transnasional untuk perjalanan dari kuala krai (bas berlepas dari kota bharu) ke kuala Lumpur pada 9/1/2010. no rujukan tiket ialah 1031413842, no seat ialah 2D. bas jenis skyview dan bertolak dari kota bharu jam 830 malam dan dijangka tiba di kuala krai jam 940 malam. Tempat berlepas ialah dataran peladang di kuala krai. Pada malam berkenaan, saya telah siap menanti bas di dataran peladang sejak jam 9 malam lagi sambil minum the tarik. Kemudian pada jam 930malam saya siap menanti bas di tempat menunggu bas di tepi jalan besar, bimbang takut2 terlepas. Sehinggalah jam 1130 malam, bas yang saya tunggu tidak kelihatan.. lalu para pelanggan kedai makan yang melihat saya mundar-mandir keseorang di tempat menunggu bas pada waktu berkenaan memberikan saya nombor telefon operasi syarikat bas berkenaan. Saya bercakap dengan pegawai yang bertugas dan setelah dia menghubungi pemandu yang memandu bas 156, didapati bas berkenaan telah pun singgah dan meninggalkan dataran dammar 30 minit yang lalu. Pegawai berkenaan menyalahkan saya sedangkan saya memerhatikan setiap bas jenis skyview bernombor 156, memang tidak kelihatan bas berkenaan. Setelah berlaku perang mulut melalui telefon, saya mengambil keputusan pulang ke rumah. Keesokannya saya menelefon pusat aduan consortium transnasional berhad di ibu pejabat dan memaklumkan masalah saya. Setelah disiasat didapati pihak bas telah menukar bas jenis skyview kepada bas gentian yang menyebabkan saya ketinggalan. Saya cukup kecewa dan terkilan dengan pengurusan syarikat di atas masalah berkenaan. Di sini saya ingin mencadangkan kepada pihak bas supaya mencatat no aduan, no pejabat operas atau no pemandu bas supaya pihak pelanggan dapat berurusan dengan mereka apabila perlu, tidaklah kami menjadi seperti beruk yang menanti buah tak gugur. Saya juga kecewa dengan pegawai di bilik operasi yang menyalahkan saya, seolah-olah dia tidak tahu apa masalah dan puncanya, hanya tahu menyalahkan saya sedangkan saya setia menanti sejak jam 9 lagi. Saya kecewa dengan pengurusan dan bas berkenaan. Secara jujurnya saya rasa ditipu dan biarlah saya ucapkan selamat tinggal transnasional. Rasanya kalau tak terdesak saya takkan berurusan lagi. Jumpa di akhirat
Nama untuk siaran: Pelanggantertipu
Sunday, January 10, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
saya juga tidak suka akan bas tran. saya dan mak saya naik buas tran pada sebelah malam. di sebabkan bagasi saya bawak besar tetapi hanya baju sahaja di dalam dan sehari sebelum itu saya saya naik kapal terbang dan bagasi saya tidak lebih 15 kg. pemandu bus itu, marah mak saya depan orang ramai kerana bas yang besar. saya membalasnya dan cakap bag itu tidak lebih daripada 15 kg. dan di penghujung perjalanan kami adalah orang yang terakhir turun di stesen bus klang dan orang yang terakhir turun bus. yang menyebabkan saya kecewa dengan bus tran dan sakit hati ialah pemandu bus yang tidak berhemah dan kurang hajar dengan orang tua. selepas kami turun bus kami mengangkat bag tanpa meminta tolong mengangkatnya oleh kerana marah dia menendang kotak minuman dari atas bus ke jalan raya dan menyebabkan kekotoran. untuk pengetahuan semua semasa naik pada awalnya, orang gila yang menolong mak saya mengakat bag tersebut kerana saya mengangkat bag yang lain. mak saya perlukan bantuan untuk mengangkat bag tersebut kerana mak saya berumur 60tahun. pemandu bus hanya lihat dan marah, orang gila lebih mulia hatinya menolong mak saya..
ReplyDeleteRamai yang tertipu dan tidak berpuas hati dengan servis yang diberikan oleh pihak transnasional. Pihak transnasional jangan mengambil mudah/lepas tangan dengan aduan yang diberikan kerana nama baik anda mungkin sekali gus jatuh kerana pelanggan tidak lagi memilih untuk mengunakan servis anda yang sangat teruk dan menyusahkan pengguna
ReplyDeleteTransnasional laluan utara-kelantan bermasalah sejak beberapa bulan ini. Kerap berlaku kelewatan terutama kepada penumpang di kedah. Ini disebabkan bas telah digabungkan dengan bas dari perlis (skyview). Kelewatan adalah antara 2-3 jam daripada masa tertera di tiket. Hal ini sangat menyusahkan penumpang kerana tidak dimaklumkan dari awal. Lebih mengecewakan kaunter staf juga tidak dapat memberikan jawapan yang pasti walaupun di tanya lebih awal. Sangat menyusahkan, sangat menyusahkan dan sangat menyusahkan. Diharapkan pihak transnasional lebih bertanggungjawab dan dapat meningkatkan mutu perkhidmatan.
ReplyDeletedi mana kah ruang untuk membuat aduan, tidak terdapat pada portal rasmi transnasional. Adakah pihak syarikat takut untuk berdepan dengan aduan-aduan daripada pelanggan?
ReplyDeleteSaya juga mempunyai ketidakpuas hati terhadap perkhidmatan Transnasional, tetapi tidak tahu ke mana ingin mengadu.. Saya telah membeli tiket untuk ke Melaka yang akan bertolak pada hari esoknya jam 10.30 pagi. Tetapi pada hari esoknya saya tunggu sampailah pukul 10.30 dan saya lihat tiada bas pada 10.30 tersebut. Jadi, setelah bertanya kepada salah seorang kakitangan di situ, dia memaklumkan bahawa trip pada pukul 10.30 telah dibatalkan dan menyuruh saya menaiki bas pada pukul 11.00 pagi. Saya sangat bersyukur kerana saya dibenarkan juga menaiki bas walaupun bas tersebut pukul 11.00 pagi. Tetapi saya berasa tidak dimaklumkan akan trip yang dicancelkan itu. Sepatutnya pihak Transnasional memaklumkan perkara tersebut kepada saya dan menggantikan seat saya dengan seat yang lain. Sudahlah trip saya dicancelkan, ditambah pula dengan ketiadaan seat di dalam bas pukul sebelas tersebut. Saya terpaksa membuat 'muka tebal' kepada penumpang-penumpang bas yang lain untuk bertanya samada terdapat seat yang tiada penumpang. Ini amat menyusahkan jika hal ini berlaku kepada penumpang-penumpang lain di masa depan. Jadi saya amat ingin untuk mencadangkan kepada pihak Transnasional untuk mengambil nombor telefon penumpang-penumpang yang membeli tiket.....dan jika berlaku sekali lagi seperti trip dicancelkan, amat perlulah untuk memaklumkan kepada penumpang akan hal tersebut dan menggantikan seat yang dicancelkan kepada seat yang lain. Ini untuk memudahkan penumpang-penumpang. Saya faham mungkin pihak Transnasional membatalkan trip saya tersebut atas sebab mungkin sedikit sahaja penumpang yang menaiki trip 10.30 tersebut dan saya menerima akan hal ini. Sepatutnya pihak Transnasional melihat dulu penumpang yang telah membeli tiket untuk trip yang hendak dibatalkan kemudian menggantikan kepada trip yang lain kemudian memaklumkan kepada kami. Saya rasa tiada masalah untuk melihat jika terdapat beberapa penumpang yang telah membeli tiket untuk trip yang hendak dibatalkan. Tambahan pula kami telah membayar harga tiket kami. Walau apa pun, saya menerima apa yang telah berlaku. Dan saya sangat berharap agar pihak Transnasonal tidak mengulangi lagi kesilapan mereka selepas ini. Saya faham kita ini manusia, tidak pernah terlepas dari membuat kesilapan. So, saya tak nak benda ni berlaku lagi. Thanx yang sudi mendengar luahan ini. Peace no war
ReplyDeletesila buat aduan di sini..
Deletehttp://www.spad.gov.my/contact-us/feedback
Baru baru ni pada 14december 2019 bas yg sepatutnya tiba di terminal seksyen 17 ke melaka sentral pada jam 9 pagi tiba datang . Hampir 2 jam lebih menunggu pihak terminal bas bagu tahu bas transnational mengalami kerosakan dan dijangka tidak dpt dtng. So , depa ni suruh kita refund duit yg beli ticket kat situ boleh refund kat kaunter,yg lain yg beli online kene call hotline depan. So aq ni beli dekat CATCH THAT BUS. So, aq puj call la hotline depa, depa bg tau pihak dia tak dapat maklum blas dari pihak bas trans tu , so beberapa hari lag aq call , masa aq call pihat catch that bus tu dia buat2 line tkda n last2 matikan fon . Ko rasa?? 3 kali aq call dya buat mcm tu. Last2 aq call la pihak bus trans ni nak tau x ap dia kata .. Dia suruh kita refund duit tu dekat website yg kita beli ticket ??? Ko main campak2 erkkk?? Kejap yg ni suh call yg sana ,yg sna suh call yg ni . Apa ni dua2 tak bertanggungjawab langsung!! Kenapa erkk nak kene ambik proses lama lama ?? X faham aq la,senang senag depa nak lepas tngan mcm tu jaa . Senang buat duit. Kami ni student ,masa dia kata bas rosak tu , aq kene booking bas lain. N aq kene naik grab balik kolej balik. Semua tu kos. Lol. Servis yg depa beri teruk.
DeleteBaru baru ni pada 14december 2019 bas yg sepatutnya tiba di terminal seksyen 17 ke melaka sentral pada jam 9 pagi tiba datang . Hampir 2 jam lebih menunggu pihak terminal bas bagu tahu bas transnational mengalami kerosakan dan dijangka tidak dpt dtng. So , depa ni suruh kita refund duit yg beli ticket kat situ boleh refund kat kaunter,yg lain yg beli online kene call hotline depan. So aq ni beli dekat CATCH THAT BUS. So, aq puj call la hotline depa, depa bg tau pihak dia tak dapat maklum blas dari pihak bas trans tu , so beberapa hari lag aq call , masa aq call pihat catch that bus tu dia buat2 line tkda n last2 matikan fon . Ko rasa?? 3 kali aq call dya buat mcm tu. Last2 aq call la pihak bus trans ni nak tau x ap dia kata .. Dia suruh kita refund duit tu dekat website yg kita beli ticket ??? Ko main campak2 erkkk?? Kejap yg ni suh call yg sana ,yg sna suh call yg ni . Apa ni dua2 tak bertanggungjawab langsung!! Kenapa erkk nak kene ambik proses lama lama ?? X faham aq la,senang senag depa nak lepas tngan mcm tu jaa . Senang buat duit. Kami ni student ,masa dia kata bas rosak tu , aq kene booking bas lain. N aq kene naik grab balik kolej balik. Semua tu kos. Lol. Servis yg depa beri teruk.
Deletesaya salah seorang pengguna bas transnational, disini saya ingin membuat aduan mengenai penjaga kaunter tiket di terminal bus batu pahatyang tidak mempunyai budi bahasa serta tidak mesra pelanggan. kita sebagai orang melayu mstilah ade ciri2 sikap budi bahasa yang tinngi tidak kira dlam golongn mude mahupun tue. kalau boleh , bercakap tu dengan cara yang elok .bkan baru first time kami terkena ,ttapi sudah bnyak kali .
ReplyDeletelagi satu perkhdmatan bas awam , kalau bas tu rosak , tak perlu lah bawa pnumpang , tukarlah kepade bas yang lain . keselamatan penumpang harus lah dijaga . bkan setakat melepaskan batuk di tangga .kami harap pihak bertanggungjawab akan mengambil tindakan atas aduan kami ...
sila buat aduan di sini..
Deletehttp://www.spad.gov.my/contact-us/feedback
saya menaiki bas transnasional ke teluk intan jam 8.20 pd 5/6/16..tp bas delay...sdgkn bas ke teluk intan jam 9.15 dh ada...sepatotnye...bas yg tiba 9.15 tue...kna bg penumpang bas jam 8.20pg nie naik dl....kami dh tunggu lama...servis langsung x memuaskan...abaikan penumpang yg awal...
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSaya sebenarnya malas nak complaint..tapi memandangkan permasalahan saya ini agak mengecewakan hati saya,jadi saya di sini ingin mengadu atas layanan yang tidak memuaskan petugas kaunter Bas Mahligai di terminal tesco KB. Untuk pengetahuan semua, trip perjalanan saya dari pasir mas ke hentian putra pada jam 8.15pm. saya menunggu bas tersebut sebelum 8.15pm lagi. Pada jam 9pm, bas berkenaan tidak muncul, so saya kat kaunter bas di tesco. Dia kata bas tu rosak. Saya dah bagi nombor telefon saya semasa membeli tiket di hentian putra. Pihak bas mahligai tidak pulak tel. Dia hanya bagitahu setelah saya telefon. Nak dijadikan cerita, dia orang cakap diaorang cari saya pada jam 8.15pm untuk dibawa ke KB. Ok fine..tapi nak ke kalu anda menaiki kenderaan (tak pasti hilux ke kereta) dengan org yang tak dikenali????So sya bagitaw semasa dalam tel,sy xsanggup sebb saya pompuan.dia macam nak marah ada kat sy..sepatutnya dia kena minta maaf dan cuba menenangkan sya..memg bodoh la petugas tu.so mujurkan ada bas mahligai lain.so tumpang bas tu je ke KL. Untuk pengetahuan, saya seorang je yang naik kat p/mas..tetapi yang peliknya bas tu starting dari R/panjang.kalau ye pon rosak kat kb, xkan xde yang naik kat r/panjang.Memang cibai la petugas tu.nak ambik aku sorang dalam dia punya kenderaan...??jangan mimpi la bro...aku akan mark syarikat tersebut dan akan buat aduan kat KPDNKK pasal petugas kaunter tersebut..ada x sapa-sapa yang mengalami masalah macam saya..??sori semua memg xde niat nak mencarut tapi....terpaksa la..maafkan saya sekali lagi..
ReplyDelete*pembetulan
Deleteso saya tel kaunter bas di tesco.....sori(#taip dalam mood yang xstabil)
TIDAK BERJAYA MENAIKI BUS TRANSNASIONAL dari Alor Setar ke KL. Saya membawa ibu untuk menaiki bas TRANSNASIONAL dan tiba 9.00 a.m,pagi ini,iaitu 21-Julai-2015 namun tidak berjaya. Apa sebabnya? Kononnya,agent TRANSNASIONAL yang duduk dalam counter Transnasional yang biadap,tidak prihatin dan cuai alasannya. Saya berjanji tidak akan menaiki Bus TRANSNASIONAL mulai hari ini .
ReplyDeleteSaya seorg ibu. Anak sya srorg pljar hendak blik ke kolej. Bas yg d tunggu x sampai selepas 1 jam setengah. Pelnggan yg menunggu di stesen x dimklumkn perkara ini.
ReplyDeleteAkhirnya, anak saya dan beberpa penumpang lain dikumpulkn dan d hntr ke stesen tbs. Lebih malang lg, setelah tiba di tbs, mereka d suruh mmbeli tiket lain. Pihak Tranasional sesuka hati lepas tangan dlm hal ini. Faktor keselmtn pnumpng lngsung x de dlm agenda mereka. Ibu bapa perlu dmklumkn tntng hal ini sipya mereka dpt mmbuat kptsan utk anak mereka. Bila dh smpai tbs, anak kite d pksa beli tiket lain. Bijak sungguh cara mereka berniaga. Perlu dingat, anak sya seorng student bkn punya duit yg banyak. Hrga tiket di naikkn tp servis x meningkat. Pihak pngurusn tranasional perlu buka mata akan hal ini. Duit masuk tp servis hampeh....
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBukan setakat bas transnasional sahaja tetapi kebanyakan pemandu bas sekarang semua sombong dan tidak mesra pelanggan .Hanya kerana mereka bawa bas,mereka sangat sombong.Tambah sakit hati apabila pemandu bas tersebut bersikap racist
ReplyDeleteSaya naik bus transnasional dari kuala rompin ke kota bharu. Dalam perjalanan, driver bus merokok. Dlm bus yg ber-aircond. Sy pergi dpn dan tegur. Sy kata rmai org pening bau asap rokok. Lagipun belakang seat driver ada 2 org budak kecil. Driver bus tak puas hati dgn sy. Dia hentikan bus, then tya sape lagi yang pening. Sy n adik angkat tgn. Then dia ckp, 'eleh dia je yg pening. Org lain ok je.' padahal ramai je x selesa tp xde sape nk tegur. Dasar hipokrit. Then sepanjang perjalanan, driver ni tak abis2 sindir sy. Dia ckp org mcm saya ni patut kena culik n kena jual organ. N org mcm ni patut kena tampar je. Sy ckp elok2 dgn dia. Sy ckp dlm bus dilarang merokok. Siap tunjuk kat sign dilarang merokok. Dia ckp dh 17 tahun dia drive bus n merokok tp xpernah kena tegur. Mulut driver ni mmg jahat. Sepanjang jalan tak habis2 mengutuk saya. Sy diam je malas nk layan. Tp kali ni adalah yg terakhir sy naik bus transnasional. Sy recommend-kan kat saudara mara so that jgn naik bus ni.
ReplyDeleteSaya juga salah seorang penumpang yg tak berpuas hati dengan servis transnasional. Bas lambat. Pemandu sepanjang perjalanan menggunakan telefon, asyik tgk telefon sahaja. Tak berhemah. Berhemah wujud dalam pelbagai bentuk. Bagi saya kalau tak sayang nyawa, tak payah utk sesiapa sahaja jadi pemandu bas. Oleh sebab komen-komen yg sedia ada seolah diambil ringan mungkin kerana bukan keluarga mereka yg bakal menggadai nyawa naik bas transnasional ni. Bukan juga keluarga mereka yg mati katak ditengah jalan. Oleh Itu saya mencadangkan kita boikot sahaja company yg sampai kiamat pun takkan ambil inisiatif utk masa depan yg lebih baik. Ini pertama kali dan terakhir kali saya menggunakan khidmat berbahaya seperti transnasional.
ReplyDeleteBanyak rupanya yg terkena dgan bas tranisional ni,semalam pun mak ayah sy terkna,bas jalan x ikut time,dulu servis bas ni bagus sgt,,contoh jalan pukul 8,tp dia akan tggu dulu dalam 10minit,sebb dalam rekod kertas yg pemandu pegang tu,ada lagi penumpang yg x ada,bila 10minit tetap x ada,bas akn jalan,semalam usahkan jalan masa yg ditetapkan,tp awal dia gerak,sampai mak ayah sy yg tua n x berapa sehat tu,teetingal,bila tanya kaunter,knapa sistem macam ni,terus di makinya,siap keluar nak bertumbuk,samseng sangat gayanya,perempuan pulak tu,tudung labuh,tp nahuzubilah,,,korang makan la duit org macam ni,,boikot duta selamnya,,bahaya,
ReplyDeletesaya selalu naik bas transnasional ni bila nak balik ke uni. selalu jugaklah bas tu datang lambat. di tiket tertera pukul 10pm tapi yang datang 10.45/11pm. saya tak,kisah sngat. cuma kesian dekat parent saya yang terpaksa tunggu jugak. benda macam ni tak patut jadi. saya taknak la menjaja cerita dekat orang pasal servis yang tak berapa nak efficient ni. so, harap, benda ni tak jadi lagi la
ReplyDeleteIm buying the ticket to tbs from kangar.. But the driver drop me off at duta station..said they did not go there.. When buying the ticket..nobody said anything... Make me to find other alternatif to go home...so sad with service...
ReplyDeleteKalau lewat 1 hari takpe, tapi setiap kali mesti bus lewat Dan bukan setgh jam tapi lebih dari 1 2 jam. Tak ada option sbb bus ke t.intan hanya ini je kot.
ReplyDeleteMemang bukan macam dulu dah. Tak boleh maintain quality and service.
Sy ingin membuat aduan tentang perkhidmatan bas transnasional yang mengecewakan sy. Pada 28.9.2018 saya membeli tiket di kaunter TBS untuk ke butterworth. Jadual sebenar 7mlm namun bas bergerak lewat dr waktu yg sepatutnye. Apabila bas bergerak menigggalkan TBS tiba2 pemandu mendapati penyaman udara tidak berfungsi dan juga radio "shorting" . Dia ade memberi maklumat kepada puhak atasan melalui hp dan mendapati kata putus untuk ke stesen duta bagi membaiki kerosakan. Lebih kurang beberapa minit sebelom sampi di hentian duta bas sudah mengeluarkan bau hangit yg sangat merisaukan sy sbgai penumpang. Tiba sahaja di hentian duta pintu utama dan pintu kecemasan tidak boleh dibuka menyebabkan semua penumpang perlu keluar mengikut pintu pemandu bas. Apabila turun sahaja saya dapati bas sudah mengeluarkan asap. Kami diminta duduk di ruangan menuggu. Ade penumpang yang bertanyakan kepada pemandu samada ade bas gantian namun pemandu berkata “harini bas semua full.. Tunggu baiki“. Disini sy ade beberapa point nak komen:-
ReplyDelete1.pihak transnational tidak berkomunikasi dengan penumpang langsung dan membiarkan penumpang menunggu tanpa tahu arah tuju perjalanan sedangkan di hentian duta mereka mempunyai PA system, sepatutnye pihak bas perlu memohon maaf atas kesulitan dan mohon penumpang bersabar sambil sentiasa update tentang perubahan plan yang pihak transnational ade
2.agak kecewa syarikat transnational merupakan syarikat besar dan kukuh yg sepatutnye perlu ade plan kecemasan sekirany berlaku sebarang kemungkinan seperti bas gantian
3.tiade panggilan dari pihak transnational untuk permohanan maaf atau ganti rugi kepada penumpang... Bayar perjalanan ke butterworth tetapi hanya sampai di hentian duta kami dibiarkan bergitu sahaja
4.syarikat transnational perlu mengubah plan sedia ade untuk menambahbaik perkhidmatan yang semakin mengecewakan
Hmmmm .... mmg betul bas trans ni banggang ..skit hati aku..bas pukul 8.30 am .. aku sampAi seblum kul 8.. sekarang kul 10 .. tnya kaunter .. kurang ajar jwab.. woiii ingat aku nih naik free ke banggang
ReplyDeletememang betul pun..hari ini sejarah transnasional tidak tunggu pelanggan lewat sdkit ..kawan naik sama dh smpai sruh tnggu 1 minit tanak tunggu..bas transnasional melaka ke temerloh pahang pkul 3pm ..macam benda tah ..sy dan yg lain dh boikot bas transnasional burn duit 80 rggit ...bgus mara liner ,starmart semua bgus ..kecuali TRANSNASIONAL biar bankrap!!!!!
ReplyDeleteTolonglah syarikat Transnasional, driver bas dr Kuala Terengganu ke Tampin pagi ni biadab sgt2, aku nk tdo pom susah, duk ckp talipom masalah gajilh, lojinglh, elauan tido lah, nmpk sgt SOP sgt2 lemah, tolong ambik tindakn lah, smpai kastemer dgr satu persatu ttg masalah syarikat.
ReplyDeleteDripada Stesen KT, smpai skrg ni aku asyik dgr suara driver bas jer, duk kait pasal gaji tk puas hati lh, ramai yg dgr En Izra lah, En Razak lah, itu lh ini lh, ehh apa ni, aku nk tdo pom susah. Perkataan kesat yg dikeluarkn bodoh, batu api lah itu lh. Ayat2 kesqt yg tk sepatutnya di kata, MEMANG BIADAP SGT2.
ReplyDeleteNama saye thilag christhoper
ReplyDeleteKuantan ke Kuala Lumpur
Sambil perjalan saye Dan ade juga warga asing makan di dalam bas
Kerana tiada sebarang pertadaan dilarang makan di dalam bas
So drive teguh dengan cakapan kasar dan juga tutup semua aircond bas selama satu jam kerana driver tiada takboleh tahan bau makanan
Saye minta pihak berkenan mengambil tindakan tersebut
Pada 22/11/18 jam perjalanan 4pm
Driver transnational tiada tahu ke cara cakapan dengan pelagan bagaimana?
Jagan sampai keluar dalam sosial website semua
salam smua.jika sesiapa tahu kemana boleh buat aduan atasan utk bas transnasional ni..klu boleh biar ceo atau manager lagi bgus...sop dan sesetengah driver yg sgt buat kita ni mcm sampah..customer is always right??tpi dorg buat mcm kte mengemis ngn syrikat mereka..tak dinafikan bkn semua tpi disebabkan seorang yang lain juga terkena juga...nk diceritakan sy naik bas dari melaka ke shah alam..jam 4.30.apabila hendak menaiki bas,sy berasa hendak ke toilet untuk buang air kecil.sy jumpa driver dan maklumkan yg hendak ke toilet dlm 5 minit.driver hny pndg dgn wajah yg sgt masam..tidak mengapalah,sy berlari ke toilet dan secepat mgkin patah balik ke bas..apabila sy pergi bas sudah tiada dari situ.sy terus bergegas ke kaunter untuk maklumkan yg sy sudah maklumkan pda driver.kemudian orang counter bawa sy jumpa pegawai transnasional..pegawai tu kata xboleh buat apa2.kena naik bas lain lah atau trip lain mlm itu pon klu ada kosong..call driver tak dpt2.phone mati..sy nk tanya la transnasional management mcm mana ye SOP driver sebelum memulakan perjalanan?????boleh ke jalan sbelum check smua penumpang??yg buat rasa sedih and sgt terkilan ialah sy dh MAKLUMKAN pada driver utk ke toilet...why driver tak de rasa ihsan dan tolak ansur????transnasional..klu mcm ni u all train ur driver attitude,sy rasa ramai pelanggan lari..jika bas gah macam mana pon tpi staff attitude teruk.sory to say...say no more to transnasional anymore..sy xslhkn semua staff ibarat pepatah nila setitik habis susu sebelanga..viralkan spy sampai ke pihak atasan transnasional...
ReplyDeletePerkhidmatam bas transnasiinal.sekarang memang sangat menyusahkan pengguna...kalau penumpang lewat..akan di tinggalkan...kalau kesalahan daripada pihak transnasional tidak ada apa2 tindakan yang di ambik..saya tidak puas hati dengan perkidmatan bas transnasionla...apa2 berlaku tidak di maklumkan kepada pelanggan...skerang pelangan telah menunggu bas selama 2 jam...masih tiada tindakan daripada pihak syarikat..tiada tindakan drp pihak syarikat...macam haram jadah....
ReplyDeletebas dari lumut ke s.alam selalu lambat
ReplyDeletesatu jm setnggah ...tension
...sbb ada urusan kerja
..selalu lambat ..kenapa?????
Adik saya tunggu bas Kota Tinggi ke Kuantan untuk tiket pukul 10pm di terminal dari kul 9pm hingga 1am satu bas pun takde..ape ni trans? Orang dah beli tiket kenapa buat kerja macam Ni? Tak pasal2 adik sy trpksa duduk di hotel berdekatan..
ReplyDeleteMerugikan orang!!!!!
Bas ekspress plusliner (Wuy 2846) yang bergerak dari SP pada pukul 2 petang sepatutnya sampai di Tesco Puchong sekitar pukul 8.30 malam. Tetapi pemandu bas telah terus pergi ke terminal bas putrajaya. Apabila ditanya kenapa tidak pergi ke Puchong dahulu, pemandu bas tersebut dengan tidak bertanggungjawab menjawab dia letih hantar puchong dulu dan pergi ke putrajaya ambil penumpang dan kembali ke puchong. Jadi dia tunggu di putrajaya sampai pukul 9.30 malam,ambil penumpang dan pergi ke puchong. Di dalam bas ada 8 orang penumpang yang sepatutnya sampai di puchong pada 8.30malam. Ada antara penunpang adalah yang dah berumur.kesihan tegok dia orang tak larat duduk lama di bas
ReplyDeleteNombor hotline yang diberi oleh kaunter tidak dijawab langsung. Ada sesiapa yang boleh tolong berikan direction yang betul untuk buat aduan.
ReplyDeleteSaya setiap minggu kena on duty kat kl,
ReplyDeleteBiasanya sy naik bas trasnasional kerana yg lepas setiap driver tu sampai on time kat tbs selepas 4 jam drive, tapi minggu ni sy naik pd 05/03/2019 kul 11:30pm...sepatutnya sy dah tiba di tbs kul 4am...ini sudah 5am..sy masih dlm perjalanan ..br msk dengkil...
Aduiii...transnational..pls check setiap driver schedule...jgn lah jauh sgt kelewatan tu...tu satu hal...dlm perjalanan driver macam gantuk ke...jap ke kiri jap ke kanan...bahaya tu...
Management pls take note...keselamatan pelanggan adalah tugas utama anda..
14.4.2019
ReplyDeleteBus transnational jam 12.30 tengahari.
Bus Dari Temerloh ke Kuantan
Saya belikan ticket seat nombor 1B Dan 1C Anak saya 2 org.
Tetapi bus driver suruh Anak saya duduk di belakang sekali yang tiada nombor seat. Mengapa INI berlaku? APA sebab dia suruh Anak saya duduk di tempat yang tiada nombor seat? APB saya Tanya Anak saya melalui telefon dia kata bus driver yg suruh. Kami bayar suit ticket bus bukan free/ percuma. Habis ngapa driver bus biadab? APA muslihat dia disebalik kejadian INI? Pastikan perkara yg Buruk seperti INI tidak berulang lagi. Ambil tindakan segera me atas bus driver supaya menjadi teladan kpd org lain.
Saya terus me kaunter bus transnational TEMERLOH kaunter 4 untuk buat Aduan ttg bus driver. Lelaki kat kaunter bagi nombor telefon 0172748926 utk buat Aduan ttp saya minta nombor HQ Transnational. Malangnya bila saya cont nombor dia bagi take dapatlah . kalau begini service dia org nanti hilanglah customer
Pada 25.04.2019,tiket no:trans190400012448, seat 2b.dari TBS ke Sg Petani.waktu perjalanan 1159pm, sebagai penumpang, sebaik saja dibenarkan turun ke gate 2 iaitu tempat menunggu, terus turun kebawah dan tunggu. Malangnya semasa aduan ini ditulis, bas yang sepatutnya belum lagi muncul, waktu sekarang ialah 1:05 pagi. Kalau lah begini perkhidmatan yang sediakan. Tak lama lagi, transnasional cuma tinggal nama.sebagai penumpang, kami dibiarkan tanpa diberitahu apa2 maklumat bila bas dijangka sampai.kalau x sampai macam mana? Perkidmatan yang teruk..itu lah yang saya boleh cakap pada semua yg berada di transnasional!
ReplyDeleteBas ke UTARA SELALU DAN kerap LEWAT tiba pada jadual yang sepatutnya... Dan sepatutnya pihak syarikat mesti dan harus mengadakan bas pengganti bagi mengelak Kan 'DELEY TELALU LAMA'pada penumpang....setahu saya Syarikat ini sudah terlalu lama ber operasi dalam dunia pengangkutan dan sepatutnya tiada lagi masalah kelewatan atau menyediakan bas pengganti...
ReplyDeletePetugas wanita di kaunter transnasinal di terminal bas sungai nibong sombong nak mampus. Saya telah hadir di kaunter berkenaan pd 20.5.19 jam 8:20mlm. Setiba di kaunter, sy bg salam, namun dia balas dgn mula masam. Bila tanya trip dari teluk intan pd hari raya kedua, dgn jerkah dia menjawab "bas tak jln raya ptama & kedua". Cukup kurang ajar!!! Di manakah adab dan etika anda ketika berdepan dgn pelanggan. Pihak sykt tak bg kursus ke pd ktgn supaya berhemah ketika berbicara dgn pelanggan. Dah tua, perangai mcm setan. Ingatlah!!! Tanpa pelanggan, tiada anda. Keje mcm tu pun nk berlagak.
ReplyDeleteBoleh hubungi sy pd bila2 masa, utk sy tampil kemukakan aduan lebih lanjut.
0174020021
Kakitangan Transnasional mmg mcm bangkai bernyawa. Disapa dgn baik tp dijwb dgn kasar. Sebab tu melayu slalu di level paling bawah bab servis ni. Belagak sombong tak bertempat. Sbb tu juga lah comp besar taknak amik melayu bekerja sbb xde skill. Waktu bekerja asik main handphone. Bkn nk menjatuhkan org melayu, tp mmg itu sikap melayu yg tak pernah mau berubah.
ReplyDelete4 jam menunggu bus yg sepatutnya dr TBS pukul9.30pm@6/10/2019, tanya kaunter kata bus rosak, bus smpai tp route tah kemana2 driver bawa, smpai ke Putrajaya, dan tah kemana lg ambil penumpang. Balik Kuala Kangsar sbb kakak sakit. Selepas ni taubat lahom xnk guna servis Transnasional dah. suck, meloyakan. Dulu mmg best, tepati masa dan krew2nya ramah mesra. Skrg non hado. Jijik!!!!
Saya asyik naik bas transnasional dari terengganu ke Temerloh. Hari ni la paling kcewa sangat.. Sebb pttnya tiket bas pkul 2.. Tapi bas tak smpai.. Dapat tahu bas anggaran smpai 3.30 tetapi dapat pggilan lagi cakap bas masih dalam perjalanan.. Kira² 1 jam lbih.. Pmndu msti lah tepati masa.. Pttnya sy akan smpai sebb rumah jauh dri stesen bas.. Tp ni ae dah jadi.. Mmg nak naik angin la.. Klau leh nk tukar tiket n ambil bas lain tp utk kesana dah takda bas slain bas tu.. Mmg myakitkan hati la..
ReplyDeleteNak complain mengenai staf di branch GERIK... sangat kurang ajar dan tiada disiplin... Selalu tiada di kaunter.. Bila ditanya, jawapan yg sangat kurang ajar dan tidak memuaskan hati.. Ramai orang dh x puas hati dgan sikap dan cara dia yg tiada disiplin dan kurang ajar...
ReplyDeletesy juga akui tidak berpuas hati dengan services tranisnational bus..namun,tidak semua pemandu bas transional mcmtu..sorg dua je yg sy jumpa perangai sgt kurg ajar..tp sy nk puji sikit ada sorg driver trannasional ni dr klang sentral ke kuantan..baik sgt layanan dia..dia layan org tua mcm dia layan ayh mak dia..baik kn..selalu jugak jumpa dia sebb sy buat pjj belajar tiap tiap minggu pergi bersama ayah sy ke uitm puncak alam .sy selalu perhatikan dia..sy segan tegur dia..tp syukur..sethu sy dia je yg saya rasa beri layann baik..tp sy terkilan dia nk berhenti dpt kerja lain..sy segan nk tnya.payahlah nk jumpa services terbaik mcm tu lagi..time solat dia berhenti..memg tip top..tp ini lah org kata kerana nila setitik rosak susu sebelanga..
ReplyDeleteBkp nate bas tran ni gilo ehh..jnji pukl 10....ni dh jam 12....tlg la klu orng dlm kecmsn mc mn....
ReplyDeleteTolong minta prhatian....anak saya tertinggal beg duit yg didlmnya ada ic dan duit dan tiket bas utk balik ke shah alam.nom.bas x ingat.menaiki bas dari shah alam ke teluk intan jam 7 mlm tadi tarihk 29-01-2020.sampai di tlk intan pukul 10.30 mlm.tolong hubungi saya.kalau terjumpa..hubungi saya 01133565017 @0143704729 .terima kasih.
ReplyDeleteSy beli tiket online melalui redbus online.dr Kuantan ke sg.nibong penang.12 jam gila oi..jji Smpai 7 jam Dr kuantan ke penang.skli bhnti ambk ltk org kt TBS lpas tu berehat mkn dkt caferia tk jauh Dr tbs dan bhnti mkn pn hampir 2 jam.lpas abis rehat tu plk pergi balik TBS ambk org.ingt Dr caferia td grk trus p Penang.tp tk rupa nye,pergi nk org lagi plk dekat duta.pening naik bas ni jji tk tepati masa.ETIKA BAS EKSPRESS.
ReplyDeleteAssalamualaikum..sye cume nk tye..kenape sllu tiket bas untuk kanak²tiade bile tye kt counter die bg alasan tiket utk kanak² dh hbs..yg sye hairan setiap kali sye nk beli mesti hbs..betul kh alasan die?
ReplyDeleteKenapa suka suka je cancel dari manjung ke TBS sepatutnya saya bertolak jam 8:45 tetiba tiba ada call tanya saya kalau boleh naik bass jam7:30 saya cakap ok boleh... Tapi bila datang terminal manjung tanya counter nama tiada dan kalau mau ikut 7.30 kenah bayar lagi la tapi kalau mau guna ticket kenah ikut jam11... Ada ke ni patut... Info kita pun x...
ReplyDeleteNak tanya npaaa erkkkk kaunter tiket kt tbs x di bukak sekali .......30/4/2022 5 kaunter je bukak.....x kan pihak tbs x ambill tahu psll custmer .....kesian tengk orng tua2 beli ...sanggup brdiri demi beli tiket .....harap2 pihak tbs ambill tahu .....sekian terima kasihh
ReplyDeleteSya x puas haty psll kaunter tiket bas........lau tanya kt depan diaorng ckp pekerja x ada .........
ReplyDeleteSy tk puas hati bas yg sy naik ni tkde aircond berpeluh sy smpai sempot2 sy. Nsb bawa ubat gas sy. Dgn air sy tk dpt nk beli kt mne2 rnr eh tlg laah pkr keadaan cust yg duduk dlm bas slme lbh 5 jam dr parit buntar ke tbs.klw buat sy pengsan ke tk pkr ke? Jgn tlalu ptg kn dri sdri. Waktu bas bgrrak 8.15pm bas transnasional. Date 28/07/2024.Tlong laaahhhhhh pkr keadaan cust
ReplyDeleteSaya beli tiket bas 8/8 2023...malang nya tiket hilang...bila pergi kaunter di Kuala Terengganu untuk print tiket balik ...namun detail pembelian tiada dalam sistem...untuk info saya beli tiket kat TBS ....Dungun ke TBS....apa sebenarnya yang berlaku....tolong lah beritahu apa yang berlaku.
ReplyDeleteGreat and that i have a swell provide: Who To Contact For House Renovation whole house renovation cost
ReplyDelete