Sunday, January 10, 2010

aduan rasmi

Saya telah membeli tiket bas ekspres transnasional untuk perjalanan dari kuala krai (bas berlepas dari kota bharu) ke kuala Lumpur pada 9/1/2010. no rujukan tiket ialah 1031413842, no seat ialah 2D. bas jenis skyview dan bertolak dari kota bharu jam 830 malam dan dijangka tiba di kuala krai jam 940 malam. Tempat berlepas ialah dataran peladang di kuala krai. Pada malam berkenaan, saya telah siap menanti bas di dataran peladang sejak jam 9 malam lagi sambil minum the tarik. Kemudian pada jam 930malam saya siap menanti bas di tempat menunggu bas di tepi jalan besar, bimbang takut2 terlepas. Sehinggalah jam 1130 malam, bas yang saya tunggu tidak kelihatan.. lalu para pelanggan kedai makan yang melihat saya mundar-mandir keseorang di tempat menunggu bas pada waktu berkenaan memberikan saya nombor telefon operasi syarikat bas berkenaan. Saya bercakap dengan pegawai yang bertugas dan setelah dia menghubungi pemandu yang memandu bas 156, didapati bas berkenaan telah pun singgah dan meninggalkan dataran dammar 30 minit yang lalu. Pegawai berkenaan menyalahkan saya sedangkan saya memerhatikan setiap bas jenis skyview bernombor 156, memang tidak kelihatan bas berkenaan. Setelah berlaku perang mulut melalui telefon, saya mengambil keputusan pulang ke rumah. Keesokannya saya menelefon pusat aduan consortium transnasional berhad di ibu pejabat dan memaklumkan masalah saya. Setelah disiasat didapati pihak bas telah menukar bas jenis skyview kepada bas gentian yang menyebabkan saya ketinggalan. Saya cukup kecewa dan terkilan dengan pengurusan syarikat di atas masalah berkenaan. Di sini saya ingin mencadangkan kepada pihak bas supaya mencatat no aduan, no pejabat operas atau no pemandu bas supaya pihak pelanggan dapat berurusan dengan mereka apabila perlu, tidaklah kami menjadi seperti beruk yang menanti buah tak gugur. Saya juga kecewa dengan pegawai di bilik operasi yang menyalahkan saya, seolah-olah dia tidak tahu apa masalah dan puncanya, hanya tahu menyalahkan saya sedangkan saya setia menanti sejak jam 9 lagi. Saya kecewa dengan pengurusan dan bas berkenaan. Secara jujurnya saya rasa ditipu dan biarlah saya ucapkan selamat tinggal transnasional. Rasanya kalau tak terdesak saya takkan berurusan lagi. Jumpa di akhirat

Nama untuk siaran: Pelanggantertipu

Saturday, January 9, 2010

transnasional menipu????





korang pernah naik bus transnasional tak? bus ni kira ada clas gak la,,,kannya apa tapi ada hubungan dengan MARA n SKMK kalau kat sini. tu yang ada clas tu. ni aku nak citer pasal kena tipu

9 jan 2010. tarikh keramat aku. selama aku berulang ke kl khasnya masa dok ngaji kat ukm dulu, hari ni aku istiharkan hubungan aku dengan mana-mana bus trans dah berakhir.
aku kena gi walimah anak sedara aku kat kl..so pagi tu aku beli tiket sebagaimana aku print tu. masanya 940 malam di hentian dataran peladang. no trip 156. bus jenis skyview. malam tu jam 9 malam aku dah berada kat dataran peladang. tunggu punya tunggu sampai 930 malam.

aku gi lepak tepi jalan..kot2 tak nampak dia punya no trip. aku dok situ sampai 1130 malam. celaka punya transnasional tak sampai. ada la 3 atau 4 trans skyview yang tiba. aku tgk betul2 no trip dia..takder 156. last2 aku call kb operasi punyer..tanya dia ...dia cakap tunggu dulu nanti dia call driver. then dia fon balik aku cakap bus dah lepas..dah lepas atas dari laloh. kira-kira dah 40 minit bus lalu. so masa 40 minit lepas tu aku dok tercegat kat situ jer. kalau nak kata aku lalai..aku kenal laa no bus ni 156...156 tak ada pun. aku marah kat dier...terpaksa balik ke rumah jalan kaki je

aku fikir...maybe ejen jual tiket kat kaunter kuala krai tu tipu aku..tak tau laa makan duit kot..sebab no trip tu main tulis pen jer..(orang macam ni kalau betul mmg tak berkat punya rezeki)

teori kedua aku,,,bus ni dia gabung..contohnya ada 3 jenis bus. katakan 1 bus no 111 n bus kedua no 121 n bus ketiga 123. so bila orang tak ramai dia buang 123. mana-penumpang kena naik 111 n 121 jer. masalahnya dia tak laung..or apa2 announcement kat pelangan. tu yang aku hangin

apa yang aku boleh cakap,,,duit aku rm40 hangus,,masa aku habis,,,rasa macam orang bodoh jer...biasa laa..penangan transnasional...apa yang aku leh cakap...selagi tak terpaksa..aku takkan nakik lagi transnasional